top of page
newsatmy

‘Majlis Presiden PH Perlu Dengar Suara Akar Umbi Sebelum Terima Masuk MUDA’ – Akmal



JOHOR BAHRU, 14 Sep – Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) perlu mendengar suara akar umbi dan menilai kejujuran Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) sebelum menerima penyertaan parti itu sebagai komponennya.

Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata kejujuran politik dan manfaat kepada rakyat perlu diutamakan.

Katanya, turut mempersoalkan tempoh penyertaan MUDA ketika hampir Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15), sedangkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang lalu, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin yang menjadi kerusi KEADILAN ‘dilanggar’ MUDA.

“Kejujuran politik dan semangat isu rakyat penting. Bukan soal hendak masuk PRU, sepatutnya kena tunjuk sejak awal. Cabang Johor Bahru jelas kalau kejujuran itu patut ditunjukkan sebelum, kenapa sekarang baru nak tunjuk seolah-olah minat kerana bagi kita isu bukan hendak masuk PRU semata-mata tetapi prinsip perjuangan jauh lebih mendalam.

“Cuma akar umbi di Johor, khususnya Johor Bahru, saya tidak payah cakap, sudah terang lagi bersuluh . Kita menempuh pelbagai kesusahan, ini pilihan raya bukan seminggu dua punya kerja.

“Jadi saya harap peringkat kepimpinan dengarlah suara akar umbi yang mana kita perjuangkan tentang prinsip, soal keadilan walau nampak kritikal itu suara kekuatan yang harus di dengar pihak kepimpinan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media berhubung isu jejantas karat di Lebuhraya Tebrau di sini, hari ini.

Akmal yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru, menjelaskan keputusan untuk memutuskan (isu kemasukan MUDA) bukan di peringkat cabang, itu adalah keputusan PH, dan untuk menerima parti lain perlu melalui konsensus PH.

Katanya, sejarah PH ada permohonan parti dibuat dan ditolak selepas melalui konsesus PH, yang mana Penilaian Konsensus PH kata tidak boleh terima parti itu maka parti itu tidak diterima.

“Cuma bagi saya kita juga faham perkara ini perlu melalui proses. Walaupun pandangan itu bagi saya ketara (menolak) terutama dikalangan akar umbi dan anak muda tetapi kita juga hormati proses di peringkat PH. Oleh sebab itu dalam apa-apa jua pertimbangan perlu melalui Majlis Presiden PH yang mana ada beberapa prinsip perlu dilalui.

“Bagi saya pengalaman melihat proses kepimpinan itu apa-apa keputusan perlu dicapai secara konsensus PH. Isu ini bukan soal KEADILAN bukan soal anak muda KEADILAN tetapi PH secara keseluruhan.

“Isu penyertaan parti MUDA perlu dinilai macam mana proses yang lain, lebih mendalam dan berprinsip. Kalau majlis presiden tidak dapat dilaksanakan (kemasukan MUDA) maksudnya tidak mencapai konsensus PH maka itulah keputusan yang akar umbi akan terima,” katanya.

Comentários


bottom of page