top of page
  • newsatmy

Majlis resepsi Syamel dan Ernie diserikan dengan single terbaharu 'Goodbye Hello'

5 April 2021

KUALA LUMPUR : PASANGAN selebriti popular, Syamel dan Ernie Zakri yang baharu mendirikan rumah tangga minggu lalu, meraikan perkahwinan dalam majlis resepsi yang diadakan malam kelmarin.


Bukan itu sahaja, majlis yang berlangsung di Bayswater, KLCC itu turut dimeriahkan dengan kemunculan single terbaharu mereka berjudul "Goodbye Hello".


Menurut Ernie, idea merakam single berkenaan adalah daripada dua nama besar iaitu Faizal Tahir dan Mike Chan.


"Kedua-dua nama besar ini menyatakan hasrat mereka untuk berkolaborasi dengan kami dan menurut mereka ia hanya boleh direalisasikan oleh kami berdua.


"Setelah mendengar demo yang diberikan, kami terus terpaut dengan melodi pop moden yang santai dan romantis yang dicipta.


"Selain itu, kami juga diberi ruang untuk menulis lirik bersama bagi melengkapkan lagu tersebut," katanya seperti dipetik Gempak.


Ujarnya, Goodbye Hello amat berlainan dengan lagu-lagu duet mereka yang terdahulu seperti "Aku Cinta" dan "Takkan Terlerai" dari segi genre, lirik dan mood yang memerlukan penghayatan yang tinggi.


"Goodbye Hello" juga membangkitkan perasaan indah dan ceria buat pasangan kekasih atau suami isteri.


Proses menghasilkan single berkenaan juga kata Ernie, mengambil masa tiga hari sebelum dia dan Syamel bernikah.


"Jadi bayangkanlah betapa bergegasnya kami mengejar masa, akan tetapi semuanya berjalan lancar," ujarnya.





bottom of page