top of page
  • newsatmy

Malakoff bantu mangsa banjir di Benut

30 Januari 2021

Mohamad Kasir

Encik Kopli (tengah) ditemani Senator Dato’ Isa (kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang wakil keluarga yang ditimpa musibah


BENUT, PONTIAN - 40 Buah keluarga yang menjadi mangsa banjir mendapat bantuan barangan keperluan harian dari pihak Malakoff yang diwakili oleh Encik Mohd Kopli Yunus selaku Pengurus Stesen Janakuasa Tanjung Bin, Pontian.


Antara barangan yang telah disumbangkan ialah periuk nasi, tilam dan pemanas air. Usaha ini turut mendapat sokongan dari Ahli Dewan Negara Senator Dato’ Isa Hamid yang juga turut hadir, beberapa lagi individu dan badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif dalam kerja-kerja sukarelawan di sekitar Pontian juga turut hadir antaranya Puan Nora, Puan Zainab, Puan Noor dan Encik Matharuzaman.


Menurut Mohd Kopli “kami berharap dengan sedikit sumbangan yang kami hulurkan dapatlah meringankan bebanan keluarga yang ditimpa musibah, semoga usaha kita semua ini menjadi inspirasi kepada semua lapisan masyarakat agar sentiasa peka dan cuba semampu yang boleh untuk bantu satu sama lain”


Dato’ Isa juga mengucapkan terima kasih kepada pihak Malakoff kerana sudi menghulurkan sumbangan kepada mangsa banjir di Benut “Benut ni kampung saya, yang menerima bantuan juga ada diantaranya adalah kenalan saya, mereka semua tengah susah kerana wabak Covid-19 ditambah dengan banjir pula”


“Kelmarin dengan usaha Encik Kopli, Puan Nora, Puan Menik, Puan Noor, Encik Matharuzaman, staff-staff Malakoff dan ramai lagi rakan-rakan sekitar Pontian kita dapat kumpulkan hampir 3 tan dan telah selamat dihantar ke Pengerang,Johor yang juga untuk mangsa banjir disana”




Beliau yang juga merupakan Ketua Bersatu Bahagian Pontian turut merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak terutama Malakoff kerana aktif memberikan bantuan dan sokongan kepada warga Pontian yang kesusahan “ahli-ahli Bersatu juga ramai yang mendapat tempias dari pandemik ini ditambah lagi dengan banjir pula, mudahan dengan keperihatinan semua pihak yang menyumbang ini dapatlah mengukir senyuman dan sedikit sebanyak mengubat duka, kami pihak Bersatu Pontian cuma menyampaikan amanah para penyumbang”. - PN Online


bottom of page