• Arissa Azman

Malakoff, Gas Malaysia tubuh syarikat usaha sama bagi perkhidmatan O&M

14 Oktober 2021

KUALA LUMPUR: Malakoff Corp Bhd dan Gas Malaysia Bhd mengumumkan kerjasama bagi berkongsi kepakaran dan sumber tenaga mereka dalam menjalankan operasi dan perkhidmatan penyelenggaraan (O&M) untuk loji penghasilan bersama (cogenaration) di Malaysia.


Dalam satu kenyataan bersama, kedua syarikat utiliti itu, yang merupakan anggota Kumpulan MMC, berkata mereka akan membentuk syarikat usaha sama Malakoff-Gas Malaysia Cogen O&M Sdn Bhd.


Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff, Anwar Syahrin Abdul Ajib berkata, melalui usaha sama ini, anak syarikat Malakoff, Malakoff Technical Solutions Sdn Bhd (MTS) akan memegang 51% kepentingan ekuiti dan 49% selebihnya akan dimiliki oleh anak syarikat Gas Malaysia, Gas Malaysia Ventures 1 Sdn Bhd.


MTS adalah penyedia perkhidmatan O&M global dan yang memiliki jejak pasaran di Malaysia, ASEAN dan MENA (Timur Tengah dan Afrika Utara).


"Ini adalah peluang besar bagi Malakoff untuk memperluas lagi jejak baik kami di segmen perniagaan O&M.


"Kami mengalu-alukan penyertaan Gas Malaysia sebagai rakan kami, pengalaman luas mereka akan membawa lebih banyak peluang dan sinergi kepada JVCo, ”katanya.


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Gas Malaysia Ahmad Hashimi Abdul Manap berkata kerjasama strategik tersebut merupakan elemen yang semakin penting dalam strategi pertumbuhan jangka panjangnya untuk terus memperkukuhkan kehadirannya di pasaran.