top of page
  • newsatmy

Malaysia destinasi pelaburan berdaya saing dibawah PN

2 Februari 2021

Pemuda Perikatan Nasional (PN) optimis dengan daya saing negara sebagai destinasi pelaburan apabila Malaysia berjaya mencatatkan lebihan dagangan yang terbesar bernilai RM184.8 bilion pada tahun 2020.


Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, prestasi itu menunjukkan bahawa negara telah mencatatkan peningkatan lebihan dagangan sebanyak 26.9 peratus berbanding jumlah pada tahun 2019 dan ianya merupakan jumlah lebihan dagangan terbesar sejak tahun 1998.


Menurut beliau, pihaknya mengikuti perkembangan itu dengan teliti di mana setiap langkah dan usaha pemulihan ekonomi yang diambil oleh kerajaan untuk menjamin kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.


“Pemuda PN juga ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan yang telah berjaya menggembleng nilai pelaburan asing sebanyak RM109.8 bilion bagi tempoh sembilan bulan pertama 2020.


“Meskipun kesan pandemik COVID-19 telah mengakibatkan pelaburan asing menjunam di peringkat global dan rantau ASEAN, namun Malaysia kini akan menuntaskan perbincangan untuk meluluskan 240 projek pelaburan asing berprofil tinggi yang pastinya akan mencipta nilai serta membuka peluang pekerjaan berteknologi dan inovasi untuk pekerja mahir.


Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) iaitu perjanjian perdagangan bebas (FTA) terbesar pada November tahun lalu.


“Ini bermakna, Malaysia kini berada dalam pasaran bebas yang lebih luas bersama-sama 15 negara, merangkumi 2.2 bilion atau hampir sepertiga (29.7 peratus) penduduk dunia dan menyumbang sebanyakAS$24.8 bilion (RM102.187 bilion) atau 28.9 peratus KDNK dunia.


“Pengumuman Malaysian Investment Development Authority (MIDA) pada 29 Januari 2021 telah memperlihatkan dampak positif daripada langkah-langkah yang dilaksanakan kerajaan sebelum ini.


“Melihat kepada perkembangan ini, Pemuda Perikatan Nasional percaya usaha-usaha pemulihan ekonomi negara akan berhasil secara komprehensif sekali gus menjana ekonomi negara yang mampan demi menjamin kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara,” katanya.

コメント


bottom of page