top of page
  • Writer's pictureMatha Ahmad

Malaysia negara terpantas di dunia dalam pogram vaksinasi remaja.

22 Oktober-KUALA LUMPUR

Malaysia meruoakan antara negara yang terpantas didunia memberikan suntikan vaksin Covid-19 kepada remaja , kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Sekitar 80 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah menerima sekurang-kurangnya dos pertama vaksin Pfizer dalam masa kurang dari dua bulan.

“Negara kita adalah negara terpantas didunia pemberian vaksin Covid-19 kepada remaja

“Terima kasih, @DrNoorAzmi (Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali), @DrMahHS (Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Dr Mah Hang Soon) dan semua di CITF-A (Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 Remaja). ,” katanya daripada kenyataan dalam ciapan di Twitter hari ini.


Dr Noor Azmi merupakan Pengerusi CITF-A manakala Dr Mah sebelum ini bertanggungjawab mengendalikan vaksinasi untuk kumpulan itu.

Menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi portal COVIDNOW, seramai 1,367,216 remaja berusia 12 hingga 17 tahun atau 43.4 peratus telah lengkap dalam pogram vaksinasi.


Sejumlah 2,524,156 remaja pula menerima sekurang-kurangnya suntikan dos pertama vaksin sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja dilancarkan pada 8 Sept 2021.


Selain itu,sejumlah 22,084,594 individu atau 94.3 peratus populasi dewasa telah melengkapkan vaksinasi mereka bagi tempoh sama manakala 97.3 peratus atau 22,792,916 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Kementerian Kesihatan juga melaporkan suntikan vaksin semalam sebanyak 235,607 dos melibatkan golongan dewasa dan remaja, menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin dalam pogram PICK adalah 48,673,215 sejak dilancarkan pada 24 feb.2021.

bottom of page