top of page
  • Writer's pictureNizam

Malaysia tidak iktiraf kripto sebagai mata wang-Yamani Hafez

15 Disember 2021

Kerajaan Malaysia mengambil ketetapan tidak mengiktiraf mata wang kripto seperti Bitcoin dan Ethereum sebagai mata wang yang sah digunakan dalam urus niaga harian.


Perkara itu dijelaskan dalam Sidang Dewan Rakyat hari ini,Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa berkata mata wang kripto juga bukan instrumen pembayaran yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM) buat masa ini.

“Mata wang kripto tidak sesuai digunakan sebagai instrumen pembayaran disebabkan mata wang ini tidak menunjukkan ciri universal wang.


“Secara umumnya, mata wang kripto bukan penyimpan nilai dan medium pertukaran yang baik disebabkan keadaan mata wang kripto yang terdedah kepada turun naik harga yang tidak menentu dan pendedahan kepada ancaman siber dan kekurangan daripada segi boleh skala,” jelas beliau ketika menjawab soalan Lukanisman Awang Sauni (GPS-Sibuti) berhubung penggunaan mata wang kripto dalam urus niaga harian


Baru-baru ini,Majlis Ulama Indonesia (MUI) Asrorun Niam Sholeh yang mengetuai majlis fatwa MUI telah mengeluarkan fatwa mengharamkan urusniaga mata wang kripto sebagai komoditi atau aseet digital tidak sah dijual beli disebabkan Ia mengandungi gharar(penipuan), dharar(mudarat) qimar(perjudian) dan mengakibatkan matawang ini tidak memenuhi syarat sil’ah (nilai) secara syarie.


Bagaimanapun, pakar kewangan Islam Mohd Daud Bakar yang mempengerusikan badan penasihat syariah bagi Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) tidak bersetuju dengan fatwa tersebut.



bottom of page