top of page
  • newsatmy

Mamat Khalid meninggal dunia

24 Oktober-SLIM RIVER

Pengarah filem dan drama terkenal Mohamad Mohamad Khalid atau lebih dikenali sebagai Mamat Khalid meninggal dunia di Hospital Slim River, Perak, awal pagi tadi akibat serangan jantung.

Berita pemergian Mamat, 58, dikongsi menerusi Facebook Din Dressa dan Pian Habib.

“Dukacita dimaklumkan bahawa Mamat Khalid telah meninggal dunia sebentar tadi di Hospital Slim River. Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Jasa beliau dalam bidang perfileman amat dihargai lebih-lebih lagi dalam memperkenalkan watak Pembantu Perubatan dalam filem-filem arahan beliau” tulis Din Dressa.

Difahamkan, Allahyarham pengsan di restorannya, Sarang Art Hub di Tanjung Malim, Perak sebelum dikejarkan ke Hospital Slim River dan disahkan meninggal dunia.

Allahyarham pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan selepas mengalami sesak nafas pada Oktober 2019.

Doktor mengesahkan beliau menghidap pneumonia.

Mamat meninggalkan seorang balu Hasmah Hassan dan lima anak.

Jenazah akan dikebumikan di Ipoh, Perak, hari ini.

Pengarah hebat ini paling popular dengan karyanya Hantu Kak Limah, Zombie Kampung Pisang, Man Laksa, Rock Oo, Rock Bro, 16 Puasa, 17 Puasa, 18 Puasa Di Kampung Pisang dan banyak lagi.

bottom of page