top of page
  • admin

Mangsa banjir cecah lebih 46,000 di lima negeri


KUALA LUMPUR 5 Mac: Jumlah mangsa banjir di seluruh negara berada pada angka lebih 46,000 setakat pukul 1 tengah hari tadi.


Menurut portal Info Bencana JKM, seramai 46,493 orang daripada 13,426 keluarga ditempatkan di 296 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri.


Lima negeri yang masih terjejas banjir ialah Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor.


Di Johor, seramai 42,527 orang daripada 12,307 keluarga kini ditempatkan di 266 PPS di semua 10 daerah.


Di Pahang, 22 PPS di Rompin, Temerloh dan Maran menempatkan 3,042 mangsa daripada 877 keluarga.


Di Negeri Sembilan, seramai 473 mangsa daripada 122 keluarga ditempatkan di dua PPS di Tampin.


Manakala di Melaka, lima PPS dibuka di Jasin dan Alor Gajah menempatkan 444 mangsa daripada 119 keluarga ketika ini.


Di Selangor pula, tujuh mangsa daripada satu keluarga kini ditempatkan di satu PPS iaitu di SK Merbau Sempak, Shah Alam.

Comments


bottom of page