top of page
  • admin

Mangsa banjir di Johor melonjak 25,213 orang berbanding 9,162 orang

Updated: Mar 5, 2023



JOHOR BAHRU 2 Mac: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan jumlah mangsa banjir melonjak lebih dua kali ganda kepada 25,213 orang pagi ini berbanding 9,162 orang pada 8 malam tadi dengan Batu Pahat menjadi daerah terbaharu terjejas daripada kesemua 10 daerah yang terlibat.

“Segamat daerah paling teruk terjejas dengan 2,050 keluarga dipindahkan ke 55 pusat pemindahan sementara (PPS), diikuti Kluang dengan seramai 1,559 keluarga di 39 PPS; Kota Tinggi seramai 769 keluarga di 18 PPS; Johor Bahru melibatkan 607 keluarga di 12 PPS dan Pontian dengan 58 keluarga di lima PPS,” menurut JPBN dalam satu kenyataan, hari ini.



Di Muar sebanyak 445 keluarga ditempatkan di 12 PPS; Kulai melibatkan 242 keluarga di enam PPS; Mersing seramai 146 keluarga di lima PPS dan Tangkak seramai 254 keluarga di 13 PPS serta Batu Pahat dengan 883 keluarga di 22 PPS.


Sebanyak 17 sungai di daerah Segamat, Muar, Tangkak, Batu Pahat, Kluang, Kulai, Kota Tinggi dan Mersing merekodkan bacaan sungai melepasi tahap bahaya.


Antaranya, Sungai Muar di Segamat Kecil (Segamat) yang merekodkan bacaan 37.71 meter (m); Sungai Muar di Kampung Awat (Segamat) dengan 20.94m dan Sungai Siam (Kulai) berada di paras 20.96m.



bottom of page