top of page
  • cik skod

Marcote penolong jurulatih baharu Selangor FC


KUALA LUMPUR, 12 Jan-Penolong jurulatih Selangor FC yang baharu, Ramon Marcote menyifatkan kelab itu mempunyai reputasi baik sekali gus membuatkan beliau tertarik untuk kembali ke Malaysia. Jelas beliau, jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe juga merupakan salah seorang jurulatih terbaik di Malaysia dan teruja untuk bekerjasama. "Saya menyertai Selangor kerana reputasi hebat kelab. Semestinya jika anda mendapat tawaran menyertai kelab seperti ini, ia sukar ditolak. Ini adalah tempat terbaik bagi menyumbang sesuatu bagi mencapai sasaran yang ditetapkan oleh kelab", ujar Marcote kepada media dalam satu sidang media. Sebelum ini Marcote pernah bekerja dengan Cheng Hoe pada tahun 2015 di Kedah sebagai jurulatih kecergasan. Beliau yang mempunyai lesen kejurulatihan UEFA Pro merupakan bekas pengendali skuad pembangunan Atletico Madrid pada tahun 2016/2017.


Berita RTM


bottom of page