• newsatmy

Masyarakat luar bandar boleh dapatkan maklumat tentang vaksin di PKD - Latiff Ahmad

28 Mei 2021

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Dr. Abdul Latiff bin Ahmad, berkata Pusat Komuniti Desa (PKD) berfungsi sebagai pejabat kerajaan di kawasan desa atau pendalaman yang menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar.


PKD juga berperanan menghubungkan antara agensi-agensi kerajaan bagi memudahkan urusan masyarakat luar bandar dengan agensi-agensi kerajaan bagi memudahkan urusan masyarakat luar bandar dengan kerajaan.


Selain itu, PKD memainkan peranan penting sebagai barisan hadapan dalam usaha menyebarkan maklumat kepada masyarakat luar bandar .


Mereka juga berperanan untuk sentiasa menyalurkan maklumat mengenai PICK dalam usaha memberi kesedaran kepada masyarakat luar bandar.


“Masyarakat luar bandar boleh mendapatkan maklumat tentang vaksin dan juga mendaftar sebagai penerima vaksin di 191 PKD seluruh negara,” kata Latiff Ahmad yang juga merupakan ahli Parlimen Mersing.


Marilah bersama-sama mengekang wabak - PN Online