- newsatmy
MB Johor Perlu Ditukar
JOHOR BAHRU – Usul 147 bahagian UMNO telah menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memberi bayangan penolakan kerjasama kedua-dua parti sekali gus akan menyebabkan keadaan politik di Johor tidak stabil memungkinkan sekali lagi berlaku perubahaan kerajaan dan berlaku pertukaraan Menteri Besar kali yang ke 4 .
Bekas Menteri Besar Johor yang juga ADUN Kempas merangkap ketua bahagian Bersatu Ayer Hitam Datuk Osman Sapian berkata, dari awal lagi telah menjangkakan dengan usul penolakan tersebut namun mengingatkan UMNO memutuskan kerjasama dengan Bersatu, maka tiada lagi kerajaan negeri pimpinan Perikatan Nasional (PN) di Johor.
"Sebab itu saya tidak terperanjat dengan apa yang dimaklumkan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) dan UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berhubung usul penolakan 147 bahagian UMNO ini pada Selasa.
"Awal-awal lagi semua tahu, kerjasama dalam PN di peringkat Pusat hanya berlandaskan kerjasama ahli Parlimen. Jika terjadi penolakan ini, maka yang terkesan dahulu adalah kerajaan Johor kerana tidak akan ada lagi kerajaan negeri PN, menteri besar perlu ditukar,"
Dalam tempoh kurang dua tahun selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei 2018, Menteri Besar Johor telah bertukar sebanyak tiga kali iaitu Datuk Osman Sapian, Datuk Dr Sahruddin Jamal dan Datuk Hasni Mohammad.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor memiliki 56 kerusi dengan PN 29 kerusi, mempunyai kelebihan satu kerusi bebanding pembangkang iaitu Pakatan Harapan (PH) sebanyak 27 kerusi.
Pecahan kerusi PN dari 29 DUN merangkumi 14 dimiliki UMNO, Bersatu (12), dua MIC dan satu Pas, manakala 27 DUN PH pula 14 kerusi melalui DAP, 9 milik Parti Amanah Negara (Amanah) dan 4 PKR.
Dalam pada itu, Osman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas berkata, Bersatu tidak akan mendiamkan diri dan yakin Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Bersatu akan mengkaji semula kerjasama Bersama dengan UMNO
"Buat masa sekarang, segalanya terserah pada Muhyiddin. Sekiranya penolakan kerjasama berlaku, Bersatu mungkin akan bertindak.
"Pada waktu ini amat tidak sesuai dibuat PRU15 ketika masih berdepan Covid-19 dan musim monsun. Tujuan matlamat perlulah berpaksi kepada rakyat bukan matlamat untuk kuasa dan termasuk kepentingan peribadi,sebagai pemimpin,agenda membantu rakyat seharusnya menjadi keutamaan apatah lagi waktu ini rakyat dalam serba kesukaran disebabkan covid 19 dan musim tengkujuh" katanya.
Comments