top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

MB Negeri Sembilan Langgar SOP

11 Jun 2021

NILAI: Semalam telah dihubungi oleh Pegawai Penyiasat IPD Nilai berkenaan posting https://www.facebook.com/330750857632133/posts/775590826481465/ yang mendedahkan YAB Menteri Besar Negeri Sembilan melanggar SOP di mana dia menjadi tuan rumah ziarah sosial.


Pegawai penyiasat memberitahu satu kertas siasatan dibuka ke atas Menteri Besar Negeri Sembilan kerana pelanggaran SOP yang disengajakan.


Jelas ziarah atau sebarang mesyuarat fizikal tidak dibenarkan berdasarkan SOP terbaru MKN malah Mesyuarat Kabinet pun dibuat secara maya tetapi malangnya MB Negeri Sembilan menjadi tuan rumah majlis kunjungan.



Orang biasa jika tuan rumah boleh didenda RM5,000 - RM10,000 mengikut rekod sebelum ini dan tetamu didenda sekitar RM1,000 - RM2000.


Satu laporan polis telah dibuat ke atas Menteri Besar Negeri Sembilan dan semua yang terlibat termasuk jurugambar oleh Bozz Jebat.


"Oleh kerana saya antara awal yang membuat posting dan laporan polis dibuat berdasarkan posting saya maka saya diminta hadir ke IPD Nilai untuk rakaman percakapan,"


"Petang tadi saya hadir ke IPD Nilai bertemu Pegawai Penyiasat Inspektor Syuhada bari rakaman percakapan,


"Saya masuk ke IPD sekitar jam 5.40 ptg dan keluar sekitar 6.45 ptg," kata beliau pada posting di laman Facebooknya.


Beliau juga berharap polis akan mengambil tindakan kerana jelas berlaku kesalahan.


--PN Online



bottom of page