top of page
  • newsatmy

Mbappe tidak boleh puas dengan kedudukan Perancis - Deschamps

31 Mac 2021

KYLIAN Mbappe tidak boleh berpuas hati dengan persembahannya dalam dua aksi pembukaan saingan kelayakan Piala Dunia 2022, menurut ketua jurulatih, Didier Deschamps.


Penyerang Paris Saint-Germain (PSG) itu beraksi 77 minit ketika seri 1-1 dengan Ukraine dan lebih daripada 30 minit ketika menang 2-0 ke atas Kazakhstan tanpa meledak jaringan.


Dia melakukan tujuh percubaan dalam dua perlawanan tersebut, menemui sasaran tiga daripadanya, termasuk sepakan penalti yang dinafikan Alexandr Mokin di Astana Arena Ahad lalu.


Rekod jaringan Mbappe bersama Monaco dan PSG tidak dapat menyamai peringkat antarabangsa, selepas meledak 16 gol dalam 41 penampilan buat Les Blues.


Tetapi walaupun mengakui ada ruang untuk peningkatan daripada Mbappe, Deschamps tidak percaya pemain berusia 22 tahun itu tidak bermotivasi.


"Dia tidak dapat merasa puas dengan apa yang telah dilakukannya selama ini," kata Deschamps.


"Dia tidak banyak berlati dalam perlawanan pertama, dia bermain dengan lebih ketika bertemu Kazakhstan dan berpeluang. Sememangnya anda mahu meledak lebih banyak gol dan menghasilkannya."


Ditanya kegagalan menyempurnakan sepakan penalti ketika bertemu Kazakhstan mempengaruhi Mbappe, kata Deschamps, "Tidak, saya tidak berasa sebegitu. Ia berlaku kepada semua orang.


"Saya mengenalinya. Dia akan melewati fasa ini dan bangkit dalam aksi-aksi berikutnya."


- Astro Awani


bottom of page