top of page
  • StrangePlay

Medan agenda rakyat, menjadi medan perpecahan


Ucapan dasar Sayap Pemuda UMNO di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 semalam, yang dilihat seharusnya menjadi medan agenda memperkasa rakyat yang kini sedang berhadapan dengan cabaran Pandemik Covid-19 telah menjadi medan perpecahan yang menghentam seolah- olah mereka “Jaguh Kampung”.


“Lebih baik Umno ambil semua 222 kerusi parlimen, jika menang bentuk kerajaan, tidak mengapalah. Namun, kalau Umno mahu ambil semua, saya (PN) pun hendak ambil semua. Satu lawan satu pun boleh, satu lawan dua pun boleh, satu lawan tiga pun boleh, sebab ini politik.” Kata Muhyiddin dengan kenyataan yang dibuat ketika PAU dilangsungkan semalam dan hari ini


Bukan itu sahaja, di Johor pula sebagai contoh, hal pelantikan Ketua Kampung, yang sememangnya dilantik mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Pejabat Daerah tetapi “Magic” pula yang berlaku apabila terdapat campur tangan melibatkan kerakusan sebilangan pemimpin-pemimpin UMNO dariJohor.


Armada Johor pada hari ini juga telah melaungkan isyarat untuk “perang” sehabis baik untuk calon Perikatan Nasional untuk pilihanraya yang akan datang (PRU-15) dan setiasa berdiri teguh dengan perjuangan bersama YAB Presiden Parti BERSATU iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin.


“Armada Johor percaya,Tan Sri Muhyiddin tidak pernah bacul dengan kleptokrasi. Beliau disingkirkan dahulu oleh kerana “political correctness” yang banyak diperkatakan hari ini. Jika ini pilihan yang diberi maka kita yakin kita mampu menggalasnya dengan cara terbaik.” Kata Ketua Pemuda Armada, Muhd Shamsuddin bin Paijan. - PN Online


Blank 3
.pdf
Download PDF • 164KB

bottom of page