• newsatmy

Melaka 'ajar' UiTM


10 April 2021 SHAH ALAM: Sentuhan pertama Reduan Abdullah tidak menjadi apabila UiTM FC terus 'dikuliahkan' selepas tumbang 3-0 di tangan Melaka United (MU) di Stadium UiTM Shah Alam, sebentar tadi.


Jelas pertukaran jurulatih selepas Frank Bernhardt direhatkan tidak mencukupi untuk mengubah nasib UiTM FC yang kecundang buat kali ketujuh musim ini.

MU pula pasti lega dengan tiga mata yang diraih selepas kempunan meraih kemenangan dalam dua perlawanan terdahulu.


Pada aksi terbabit, MU perlu menunggu sehingga lebih setengah jam perlawanan sebelum memperoleh gol pembukaan.


Hantaran Faris Shah Mohd Rosli disudahkan dengan jaringan lencong Sony Norde untuk pelawat mendahului perlawanan pada minit ke-36.


Bersambung babak kedua, MU terus garang menyumbat dua gol pantas dalam tempoh lima minit menerusi tandukan Stefan Nikolic berpunca daripada sepakan percuma pada minit ke-60 dan S Kumaahran lima minit berselang.


Selepas ini, UiTM FC akan bertemu satu lagi pasukan bergelut, Sabah FC sementara MU akan menentang Selangor FC (SFC) di laman sendiri.

-BH Online