top of page
  • newsatmy

Menang menentang Laos peluang lebih baik

9 Disember 2021

Jika menang dua perlawanan pembukaan Kumpulan B, peluang Malaysia untuk layak ke separuh akhir Piala AFF 2020 lebih baik


Itu strategi awal Harimau Malaya yang memulakan kempen di Singapura dengan mencipta kemenangan 3 - 1 menentang Kemboja, sebelum berdepan Laos pada petang ini ini.


Diharapkan kesebelasan utama 'Harimau Melaya' di bawah bimbingan Tan Cheng Hoe mempamirkan corak permainan lebih menarik ketika menentang Laos petang ini.


Walaupun masih berteka-teki mengenai kesebelasan utama, Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mungkin bersedia mempertaruhkan penyerang naturalisasi, Guilherme de Paula dalam misi mencipta kemenangan menentang Laos petang ini.


Biarpun prestasi De Paula sering dikritik sebelum ini, namun Cheng Hoe percaya penyerang kelahiran Brazil itu sudah mampu menangani tekanan di dalam dan luar padang, selain semakin matang.


“Kita harap De Paula dapat memberi sesuatu atau memberikan gol atau impak yang terbaik untuk pasukan, dan kita mengharapkan juga bukan sahaja De Paula tetapi keseluruhan pemain yang diturunkan dapat memberi sesuatu persembahan yang terbaik untuk pasukan juga,” kata Cheng Hoe.

Sebelum ini, ketua jurulatih skuad negara, Tan Cheng Hoe, berdepan situasi sukar apabila permohonannya kepada Persatuan Bolasepak ASEAN (AFF) untuk mendapatkan pemain tambahan berakhir dengan hanya pertukaran seorang penjaga gol dibenarkan.


Ini selepas pengendali Harimau Malaya itu hanya dapat membawa 24 pemain daripada keseluruhan 30 kuota yang diperuntukkan dalam Piala Suzuki AFF 2020 dan lebih memburukkan keadaan, dua daripada mereka, iaitu Khairulazhan Khalid (penjaga gol) dan Faisal Halim (pemain tengah), terpaksa dikuarantin selama 10 hari berikutan positif COVID-19.



Comments


bottom of page