top of page
  • newsatmy

Mengapa kapal SIGMA pilihan TLDM berubah jenis GOWIND? Zahid perlu jawab


KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa segera menyiasat ke atas dakwaan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai bayaran RM6.083 bilion oleh kerajaan untuk projek Littoral Combat Ship (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kepada syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS), yang sehingga kini tiada sebuah kapal pun berjaya disiapkan.


Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Selangor, Mohd Shukor Mustaffa berkata perkara itu tidak boleh dibiarkan dan pihak berkuasa harus mengenal pasti dalang yang cuba merosakkan imej negara.

“Apa yang sudah berlaku? Adakah ini melibatkan penyelewengan wang dan pecah amanah berkenaan jumlah tersebut ?

“Saya bersama-sama rakyat mendesak sekerasnya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga bekas Menteri Pertahanan untuk bertanggungjawab di atas semua dakwaan dan memberikan penjelasan penuh demi meredakan keresahan rakyat ketika ini daripada beliau memilih untuk berdiam diri,” katanya dalam kenyataan sabtu.

.

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam satu kenyataan, menggesa mana-mana pihak yang terlibat dalam kepincangan berhubung projek pembinaan enam kapal tempur pesisir pantai (LCS) yang didedahkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), didakwa.

Menurut TLDM, ini berikutan perolehan LCS itu merupakan kritikal bagi memelihara kedaulatan dan keselamatan negara.


Katanya, keupayaan tempur yang perlu dimiliki TLDM mestilah sejajar dengan perkembangan landskap keselamatan geostrategik dan geopolitik serantau.

Justeru, katanya, TLDM mengalu-alukan syor yang dikemukakan PAC dan mahukan hala tuju terbaik bagi projek pembinaan berkenaan.


Mohd Shukor, yang juga Ketua Bahagian BERSATU Puchong, menggesa Ahmad Zahid agar menjawab dan menjelaskan kekeliruan kepada rakyat mengapa reka bentuk asal kapal jenis SIGMA pilihan TLDM seperti dipersetujui cadangan yang dibawa oleh BNS kepada Kementerian Pertahanan bertarikh 8 Julai 2011 telah berubah kepada reka bentuk jenis GOWIND pada tarikh 11 Julai 2011.

“SPRM wajar untuk menyiasat segera setiap kekeliruan yang berlaku berkenaan keluar masuk aspek perbelanjaan yang dibentangkan berdasarkan laporan daripada PAC dan memaklumkannya kepada rakyat yang ingin tahu adakah benar jumlah wang perbelanjaan yang besar itu telah diselewengkan dan siapakah dalang utama dalam skandal besar ini.

“Jika ini benar berlaku (penyelewangan) sudah pasti ianya menjadi satu ‘skandal mega’ salah guna kuasa yang terbesar dalam sejarah Kementerian Pertahanan Negara.

“Oleh itu pihak yang bersalah wajar dihadapkan ke muka pengadilan serta diberi hukuman yang sewajarnya. Ini satu perkara yang amat mengecewakan buat seluruh rakyat Malaysia kerana berlakunya pengkhianatan, penyelewengan dan pecah amanah dalam perolehan LCS ini.

“Sudahlah imej Malaysia tercalar teruk akibat dimalukan oleh Najib Razak kes skandal 1MDB kini kita sekali lagi bakal menanggung malu dengan skandal melibatkan LCS.

“Rakyat menuntut penjelasan segera kerana sudah jelak dengan pelbagai kes skandal yang tidak berkesudahan melibatkan wang negara,” katanya.

bottom of page