top of page
  • newsatmy

Menjelang 2023 di Asia Tenggara , Johor bakal bina loji kuasa suria terbesar.

1 Mac 2021

JOHOR BAHRU - Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar melakarkan rancangan negeri itu untuk membina loji tenaga suria paling besar di Asia Tenggara.


Dalam satu kenyataan pada Ahad (28 Feb), Pejabat Media Diraja Johor menyatakan loji tersebut akan dibangunkan di Pengerang di bahagian tenggara negeri berkenaan. Ia akan "beroperasi sepenuhnya menjelang 2023".


"Bakal dinamakan Taman Solar Sultan Ibrahim, projek RM1.4 bilion (AS$350 juta) itu akan menjadi yang paling besar di Asia Tenggara dengan jumlah kuasa keseluruhan sebanyak 450 megawatt," menurut kenyataannya.


Projek berkenaan juga merupakan pelaburan privet Johor yang pertama bagi tahun 2021.


Sultan Ibrahim akan merasmikan projek itu di sebuah upacara pecah tanah pada 23 Mac di tapak pembinaan di Pengerang.


Kenyataan tersebut turut menyatakan bahawa projek itu berpadanan dengan pelan pembangunan mampan Johor 2030 yang focus kepada pemeliharaan dan perlindungan alam sekitar sebagai sebahagian dari pelan ekonomi Johor.


"Dengan projek ini, Johor akan melakukan peralihan besar ke dunia tenaga boleh diperbarui dan mampan lagi bersih," kata Sultan Ibrahim.

bottom of page