top of page
  • newsatmy

Menteri nafi dakwaan Malaysia tidak sertai UNFCCC COP 26

6 November

KUALA NERUS: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya, Malaysia tidak menyertai Persidangan Ke-26, Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC COP 26) yang diadakan di Glasgow, Scotland.Beliau memaklumkan,telah menghantar perwakilan yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar di konvensyen tersebut. Malah, menterinya, Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa Kabinet Malaysia telah menghantar Ketua Setiausaha KASA, Dato’ Seri Ir. Dr Zaini Ujang di peringkat jawatankuasanya. Menurutnya, pada persidangan itu Malaysia juga bersetuju untuk menandatangani dua deklarasi yang berkaitan.


Menurut beliau, akan mengetuai delegasi Malaysia untuk menghadiri sesi rundingan Segmen Peringkat Tinggi UNFCCC COP 26 yang sedang berlangsung di Glasgow, Scotland bermula 31 Oktober hingga 12 November ini.

Difahamkan,Malaysia akan menandatangani Deklarasi Pemimpin mengenai Hutan dan Guna Tanah (Glasgow Leaders’ Declaration on Forest and Land Use) dan Ikrar Metana Global (Global Methane Pledge) bagi menunjukkan komitmen dan usaha progresif negara untuk melaksanakan tindakan perubahan iklim yang akan menyumbang kepada matlamat globa

bottom of page