• newsatmy

Menyantuni Orang Asal Sg Peroh dan Kg Punjut

Updated: Nov 30, 2020

Jelajah ini merupakan program bersama Bersatu Bahagian Pontian, dan Penggerak Komuniti Negara Sembrong. Turut hadir YB Senator Dato' Isa Abd Hamid dan YB Rashid Hasnon.



Dengan jalinan kerjasama yang erat antara Parti Bersatu bahagian Pontian atas inisiatif ketua bahagiannya iaitu YB Senator Dato' Isa Abd Hamid, dan Penggerak Komuniti Negara dipengerusikan oleh YB Rashid Hasnon serta NOW, satu siri jelajah Kampung Orang Asal di Sungai Peroh dan Kampung Punjut telah diadakan pada Sabtu, 21 November 2020 lepas.


Berkumpul di Kahang, konvoi mula bergerak dan seterusnya tiba ke Kampung Sungai Peroh pada pukul 9.45 pagi. Setelah itu, konvoi terus menuju ke destinasi kedua iaitu Kampung Punjut dan tiba di sana pada pukul 11.00 pagi. Jelajah ni turut disertai oleh Jabatan Kemajuan Orang Asal (JAKOA) dan Tok Batin kampung berkenaan.


Kegembiraan dan keceriaan jelas terpancar di wajah-wajah penduduk kampung dengan kehadiran dua tokoh ini. Yang pastinya, setiap rintihan, rungutan dan permasalahan warga penduduk kampung didengari dan semestinya YB Senator Dato' Isa Abd Hamid dan juga YB Rashid Hasnon akan membantu mencari penyelesaian untuk kebaikan mereka.


Turut mencuit hati, gelagat seorang makcik (gambar hiasan) berbalas pantun dengan YB Senator Dato' Isa dan YB Rashid Hasnon. Ternyata adat budaya orang kita terus kekal dan masih diamalkan sehingga ke hari ini.


Siri jelajah dan konvoi ini telah memberi manfaat kepada sejumlah ibu tunggal dan golongan OKU apabila sumbangan berbentuk barangan keperluan harian telah diagihkan kepada mereka malah sumbangan berbentuk kewangan juga ada disalurkan kepada yang memerlukan.





Langgani Buletin Kami

  • White Facebook Icon

© 2020 by EPS Digital Tech Sdn Bhd.