top of page
  • newsatmy

Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan batal


Pembatalan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang dijadualkan akan berlangsung pada 17 Disember 2020 petang, di Parlimen menimbulkan pelbagai spekulasi. Ini yang telah di maklumkan oleh beberapa ahli parlimen gabungan itu kepada wartawan di sekitar kawasan Parlimen.


Mesyuarat itu sepatutnya diadakan selepas pembangkang gagal menyekat Belanjawan 2021 pada bacaan kali ketiga di Dewan Rakyat pada Selasa.


Pembatalan itu dibuat tidak lama selepas Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan bersama yang menggesa gabungan itu membuat satu anjakan politik untuk menyatukan seluruh blok pembangkang.


Dua pemimpin kanan PH itu menegaskan, sudah tiba masanya untuk seluruh blok pembangkang bersatu demi membina kekuatan bersama yang ada atas landasan perjuangan bersama.


Mohamad Sabu dan Guan Eng berkata, undian Belanjawan 2021 Selasa lalu mengajar PH supaya tidak membazirkan tenaga mengejar bayang-bayang dan tidak perlu membuang masa dengan ahli parlimen kerajaan yang oportunis.


Selasa lalu adalah hari yang mengecewakan bagi pemimpin dan penyokong PH, yang berharap Belanjawan 2021 dapat dikalahkan pada bacaan ketiga di Parlimen. Ia bagi membolehkan PH menuntut kembali mandat rakyat yang dimenangi pada pilihan raya 2018, tambah mereka lagi.


bottom of page