• Arissa

MIHAS 2021 platform perkasa hab industri halal global

7 September 2021

KUALA LUMPUR : Platfrom Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) yang julung kali diadakan secara maya bakal memperkasakan lagi ekonomi halal global khususnya ketika berdepan cabaran COVID-19.


Menurut Pengerusi Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Tan Sri Halim Mohammad, MIHAS bakal menjadi pameran perdagangan halal global yang paling lama dianjurkan.


"MATRADE gembira dengan penganjuran MIHAS 2021 yang juga menjadi siri pameran digital pertama menawarkan peluang perdagangan dan jalinan pasaran berkaitan dengan ekonomi halal global.


"Kami menanti untuk menghidupkan semula kedudukan Malaysia sebagai hab halal global dengan satu lagi kejayaan positif di tengah-tengah persekitaran yang mencabar," katanya ketika melancarkan MIHAS 2021 secara maya pada Isnin.


Ujarnya lagi, alternatif secara dalam talian juga membantu dari segi pertukaran maklumat yang akan memanfaatkan perniagaan tempatan serta antarabangsa.


Selain itu, Halim Mohamamad turut memaklumkan, MIHAS 2021 bakal mengetengahkan tiga elemen utama yang terdiri daripada pameran maya, pemadanan perniagaan dan hab pengetahuan.


Katanya lagi, Malaysia juga bakal kekal menjadi tunjang utama bagi ekonomi halal global selain mengekalkan kedudukan negara sebagai Petunjuk Ekonomi Islam Global bagi lapan tahun berturut-turut.


Ini termasuk mempertahankan kedudukan negara sebagai peneraju utama dalam sektor makanan halal, kewangan Islam, pelancongan mesra muslim serta farmaseutikal dan kosmetik.