top of page
  • newsatmy

Miller Khan dan Farina Rebecca abadi kisah cinta di Bali, Indonesia

12 NOVEMBER 2021

JAKARTA: Abang kepada pelakon Isa Khan iaitu Miller Khan selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya, Farina Rebecca, 31, di sebuah resort mewah di Bali, Indonesia.


Miller yang gugup dan gementar sebelum majlis berlangsung meluahkan kesyukuran apabila majlis resepsi berjalan lancar.


Majlis yang diadakan pada jam 11 pagi di sebuah hotel terkemuka di Bali itu hanya dihadiri 50 tetamu terdiri daripada keluarga dan teman rapat.


Bagaimanapun, ibu Miller yang berada di sini tidak dapat hadir atas faktor kesihatan.


Miller atau nama sebenarnya Mohammad Suhaemi Ali Dad Khan, 34, berkongsi siri foto pra perkahwinan bersama Farina di Instagram mereka sejak minggu lalu.

bottom of page