top of page
  • newsatmy

Minyak pelincir jenama Proton

18 Oktober-PETALING JAYA

Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. (Proton) melancarkan rangkaian produk minyak pelincir yang diformulasi secara eksklusif oleh Petronas untuk kereta jenamanya. Terdapat empat gred di dalam senarai Minyak Pelincir Proton (PGO) iaitu dari PGO 1 ke PGO 4, yang termasuk minyak sintetik penuh, minyak separa sintetik dan minyak pelincir jenis mineral yang kesemuanya boleh didapati di wakil servis Proton yang sah. Minyak pelincir mempunyai spesifikasi 5W30 SP, 5W30 SN, 10W30 SN dan tahap kelikatan 15W40 SN dengan API SP dan tahap API SN. Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, pelancaran minyak pelincir PGO adalah satu langkah baharu bagi Proton untuk menjadi jenama automotif premium di Malaysia. “Kami bekerja dengan rakan niaga dalam penghasilan formulasi bagi memastikan ia mencapai tahap yang diinginkan oleh kami dan memberikan pelanggan perlindungan enjin untuk model Proton mereka dengan harga yang berpatutan. “Dengan senarai penuh produk tersebut, keseluruhan rangkaian model termasuk enjin baharu TGDI yang diguna pakai pada kenderaan utiliti sukan (SUV) kami,” katanya dalam kenyataan. Tambah beliau, menuju ke hadapan, Proton juga menerokai peluang kerjasama dengan pembekal untuk memberikan lebih nilai kepada pelanggan. “Kami juga akan mengolah kekuatan rangkaian wakil jualan yang mempunyai jumlah pusat 3S dan 4S terbesar di dalam negara, bagi memastikan produk seperti rangkaian PGO boleh didapati di seluruh negara secepat yang mungkin,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

bottom of page