top of page
  • newsatmy

Misi Bantuan Bencana Banjir Negeri Johor anjuran MITI

Updated: Jan 18, 2021


JOHOR, 17 JAN: Dato Dr Sahruddin Jamal yang merupakan ADUN Bukit Kepong bersama- sama sukarelawan Prihatin Johor dan Pemuda Negara dalam Misi Bantuan Bencana Banjir Negeri Johor anjuran MITI.


Turut kelihatan sama, Dato Sri Azmin bin Ali, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Dato Rashid bin Hasnon, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.


Misi bantuan ini dimulakan dengan kerja-kerja pembersihan di Surau Al-Jamaliah, Kampung Bukit Raja Darat, Pengerang dan beberapa buah rumah di kampung tersebut.


Sumbangan turut diberikan oleh Dato Sri Azmin Ali kepada 600 keluarga melalui pegawai daerah dan pengarah JKM.


Beliau juga mengumumkan beberapa peruntukan segera agar masalah banjir dan infrastruktur kawasan setempat terjaga dan dapat dibaikpulih dengan segera.


Selepas itu, Skuad Prihatin Johor meneruskan kerja- kerja pembersihan di Sekolah Menengah Laksamana Kota Tinggi dan Balai Raya Kampung Tembioh, Kota Tinggi serta sumbangan barangan turut disampaikan pada hari ini.




bottom of page