top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

MKN benarkan bilangan penumpang ikut kapasiti tempat duduk yang sudah lengkap 2 dos Vaksin

22 Ogos 2021

Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengemaskini SOP melibatkan penerima dua dos lengkap vaksin Covid-19 dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).


Menurut laporan Berita Harian, kerajaan membenarkan jumlah penumpang dalam kenderaan berdasarkan kapasiti tempat duduk khusus di negeri-negeri yang berada dalam Fasa 1 PPN mulai semalam (20 Ogos 2021)


Kelonggaran ini adalah antara kemudahan-kemudahan tambahan yang diberikan bagi memudahkan pergerakkan individu yang lengkap divaksin. Walaubagaimanapun, pergerakkan rentas daerah dan negeri masih tidak dibenarkan kecuali bagi pasangan jarak jauh, anak jarah jauh dan individu yang mendapat kebenaran KKM dan polis.


Selain itu, MKN juga menetapkan bilangan penumpang bagi perkhidmatan teksi dan E-hailing seramai 2 orang termasuk pemandu dan penumpang mestilah duduk dibahagian tempat duduk belakang kenderaan.


MKN juga mengeluarkan panduan SOP berkenaan individu yang belum menerima vaksin lengkap. Antaranya ialah; hanya 2 orang saja wakil isi rumah dibenarkan keluar untuk mendapatkan bekalan makanan, ubat dan keperluan asas; maksimum 3 orang sahaja termasuk pesakit dibenarkan keluar untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan termasuk urusan vaksinasi, keselamatan dan kecemasan.


Terdahulu, kerajaan mengumumkan kelonggaran dine-in dan aktiviti-aktiviti lain kepada penerima lengkap 2 dos vaksin Covid-19 di negeri-negeri Fasa 1 dan seterusnya dibawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).



--PN Online

bottom of page