• Arissa

Mobile Vaccine Prihatin Johor

16 Julai 2021

Sejak Mac 2020, Covid-19 telah jadi satu ancaman yang boleh bawa maut bukan sahaja kepada rakyat Malaysia malahan seluruh dunia sangat terkesan dengan menularnya wabak Covid-19.


Kehidupan harian rakyat Malaysia serta merta berubah kepada perlaksanaan norma-norma baharu seperti kewajiban memakai pelitup muka, memastikan penjarakan sosial dan keperluan penjagaan kebersihan yang tinggi sehari-harian.


Norma-norma baharu ini yang telah menjadi satu cara hidup semua rakyat di seluruh dunia untuk menghalang musuh kecil ini daripada merebak.


Sebagai Kerajaan yang prihatin dan bertanggungjawab untuk lindungi rakyat, kerajaan telah melaksanakan program vaksin untuk rakyat di seluruh negara.


Pengerusi Prihatin Johor, Encik Mohd Hafiz Abdullah berkata, Prihatin Johor merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan yang berdaftar telah terlibat dari awal lagi dalam melaksanakan kempen pematuhan SOP dan pendaftaran vaksin di seluruh Johor.


Selain itu, Prihatin Johor juga bertindak sebagai pemudah cara capaian rakyat kepada perbagai program bantuan dan program vaksinasi dari kerajaan dengan membantu menyediakan sukarelawan di PPV serta memberi kemudahan pengangkutan kepada rakyat yang menghadapi kesukaran untuk hadir ke pusat-pusat pemberian vaksin.


Hasil daripada pengalaman membantu PPV telah menyedarkan Prihatin Johor bahawa terdapat keperluan untuk membawa program vaksin ini kepada rakyat, terutama kepada rakyat yang tinggal di kawasan-kawasan pedalaman dan kawasan-kawasan yang berpenduduk padat.


"Setelah diadakan perbincangan bersama, Prihatin Johor akhirnya bersetuju untuk memohon kelulusan dari pihak-pihak berwajib agar Prihatin Johor dapat mengoperasikan sendiri Program Vaksin Bergerak Prihatin Johor yang diketuai oleh Datuk Hjh Azlinda Abd Latif," ujar beliau.


Untuk rekod, Program Vaksin Bergerak Prihatin Johor merupakan satu-satunya PPV Bergerak yang dioperasikan sepenuhnya oleh NGO di Negeri Johor ini.


"Prihatin Johor ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak-pihak yang telah sudi bekerjasama dengan kami termasuklah Klinik Bergerak Waqaf An-Nur dan pihak Mara Liner yang telah menyediakan trak dan bas untuk kami beroperasi. Terima kasih kepada pihak Mosti, KKM, CITF dan ProtectHealth atas kepercayaan yang diberikan,


"Sekalung penghargaan juga kepada pihak JKN Johor atas sokongan yang diberikan. Penghargaan juga kami rakamkan kepada penaung penasihat kami YB Dr. Abd Latiff Ahmad dan kesungguhan membantu pelaksanaan program ini," tambah beliau lagi.


Prihatin Johor berharap dengan sedikit usaha dari kami ini akan dapat membantu memperkukuh sistem kesihatan di negara kita khususnya di negeri Johor.


Prihatin Johor juga berharap program ini akan dapat membantu mempercepatkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan mencapai sasaran 80% rakyat mendapat perlindungan.


Perlindungan Vaksin adalah satu cara untuk kita kembali semula kepada kehidupan biasa seperti sebelum ini dengan satu norma baharu.


Lindungi Diri, Lindungi Semua.



Hotline Prihatin Johor : 0135800016




--PN Online