top of page
  • newsatmy

Mohamaddin keluar Warisan

30 Oktober

KOTA KINABALU: Datu Mohamaddin Ketapi mengumumkan keluar parti hari ini.Sebelum ini beliau adalah Ahli Dewan Undangan negeri serta Ahli Parlimen mewakili parti Warisan.


Mohamaddin ADUN Segama juga Ahli Parlimen Lahad Datu itu mengumumkan keluar daripada parti pimpinan bekas Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal.Beliau telah mengumumkan untuk menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).


Tindakan itu dibuat tidak lama selepas ADUN Sindumin Yusof Yacob mengumumkan keluar parti tiga minggu lalu iaitu pada 8 Okt.

Walaupun mendakwa mesra GRS di peringkat negeri, Mohamaddin berkata beliau hanya akan menjadi “Ahli Parlimen Bebas sepenuhnya di peringkat persekutuan.”

Bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH)Warisan itu berkata kurangnya pembangunan di peringkat negeri dan Parlimen menjadi antara alasannya untuk keluar.

“Oleh itu, saya percaya keadaan ini akan berterusan jika terus kekal dalam blok pembangkang,” katanya kepada wartawan di sebuah hotel, di sini.

“Dengan ini, saya mengumumkan keluar daripada Warisan untuk menjadi wakil rakyat Bebas yang mesra kepada kerajaan negeri.”

bottom of page