Nihaba
Mohamaddin nafi letak jawatan ADUN Segama
2 November
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Lahad Datu, Mohamaddin Ketapi yang keluar dari parti Warisan menafikan beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama seperti tular di media sosial.
Beliau turut menafikan menandatangani surat bertarikh 30 Okt seperti yang tular di media sosial.
Mohamaddin juga memaklumkan, beliau menyedari surat itu ditularkan di media sosial namun tidak mengendahkannya.
Sebelum itu, tular surat bertajuk peletakan jawatan serta-merta beliau sebagai ADUN di negeri Sabah.
Surat yang kononnya ditandatangan Mohamaddin menyatakan bahawa selaras dengan ikrar kesetiaannya kepada Parti Warisan Sabah (Warisan), beliau menyerahkan dan memaklumkan peletakan jawatan sebagai ADUN dengan serta-merta.
Mohamaddin menjadi wakil rakyat ketiga yang mengumumkan keluar dari Warisan. Sebelum ini, ADUN Sindumin, Yusof Yaakob dan ADUN Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir bertindak keluar daripada Warisan.
Comments