top of page
  • newsatmy

Mohammadin Ketapi masuk Bersatu

26 November

KUALA LUMPUR-Ahli Parlimen Lahad Datu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Segama Datuk Mohamaddin Ketapi hari ini secara rasmi menjadi ahli Bersatu.Beliau bertanding Ahli Parlimen sebagai ahli parti Warisan.Pada 30 Oktober lepas, Mohamaddin mengumumkan keluar Parti Warisan Sabah kerana ingin memberi tumpuan untuk memaju dan membangunkan Parlimen Lahad Datu serta DUN Segama.


Perkara ini dimaklumkan oleh Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin.Permohonan keahlian Mohamaddin diperaku dan diterima dalam Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu malam ini yang dipengerusikan presidennya Muhyiddin Yassin.

“Bersatu menyambut baik keahlian beliau kerana ia bukan sahaja bakal mengukuhkan lagi kedudukan kerajaan negeri Sabah pimpinan Ketua Menteri Hajiji Noor.


Malah ia juga akan memberikan manfaat besar kepada pembangunan serta kebajikan rakyat di Parlimen dan DUN (Dewan Undangan Negeri) yang beliau (Mohamaddin) wakili,” kata Hamzah menerusi satu kenyataan malam ini.



bottom of page