top of page
  • Writer's pictureNihaba

Mohd Rafiq letak jawatan dalam Bersatu Melaka

26 November

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Bersatu, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen umum meletak jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka dan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka berkuat kuasa serta-merta.


Dalam kenyataan pada Jumaat, beliau memaklumkan surat rasmi peletakan jawatan akan diserahkan kepada Presiden Bersatu yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu.


Kegagalan Bersatu dan Perikatan Nasional yang sekadar hanya memenangi dua kerusi Dewan Undangan Negeri Melaka lalu memberi tekanan kepada beliau untuk meletakkan jawatan.

bottom of page