- Farah
Moral pemain JDT merosot setelah jaringan penalti minit ke 8 - Hector
20 Ogos

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector menjelaskan . moral pemainnya mulai merosot selepas bolos awal menerusi jaringan penalti pada minit ke 8 sekaligus menjejaskan corak permainan mereka,dipetik memalui kenyataan di laman facebook JDT
Jelas beliau juga.menegaskan masih banyak yang perlu diperbaiki selepas pasukannya tewas 0-5 kepada Urawa Red Diamonds ketika aksi pusingan 16 AFC Champions League (ACL) di Stadium Saitama semalam.
Dalam perlawanan itu, Harimau Selatan beraksi tanpa kelibat tonggak import tengah, Leandro Velazquez yang digantung perlawanan. Nazmi Faiz Mansor mengisi kekosongan tersebut sambil beliau dibantu oleh Natxo Insa. Lebih menarik, pemain naturalisasi Indonesia, Jordi Amat turut membuat penampilan sulung beraksi di posisi tengah bertahan.
Tambah beliau,perlawanan tersebuat merupakan tahap tertinggi bola sepak di Asia, di mana ‘awareness’ dan ‘decision-making’ para pemain adalah sangat penting. Anda tidak boleh melakukan kesilapan.
Urawa Red yang merupakan juara bagi edisi 2007 dan 2017 tampil dengan cukup bertenaga dihadapan penyokong sendiri mereka untuk melakar kemenangan. Jentera serangan mereka kerap kali memberi masalah kepada JDT dengan menggunakan kelajuan.
JDT turut mendapat beberapa peluang terbaik menerusi percubaan jarak jauh daripada Fernando Forestieri, Bergson da Silva dan Safawi Rasid tetapi wakil dari Jepun itu kental bertahan untuk menghalang gawang mereka daripada dibolosi.
r.