top of page
  • zaman

Moratorium khas PKMS: Bank tak rugi pun, kata Muhyiddin




SHAH ALAM ,11 Sept- Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan pelaksanaan moratorium khas untuk sektor perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS).


Beliau berkata, ini kerana sektor berkenaan masih belum pulih sepenuhnya dan ditambah pula dengan peningkatan Kadar Dasar Semalaman (OPR).


Pengerusi Majlis Pemulihan Negara Muhyiddin Yassin berkata bank-bank tempatan tidak akan menanggung kerugian sekiranya kerajaan melaksanakan moratorium khas untuk sektor perusahaan mikro kecil dan sederhana (PKMS).


Menurutnya moratorium khas itu wajar dilaksanakan memandangkan sektor berkenaan masih belum pulih sepenuhnya akibat pandemik Covid-19 dan akan menanggung beban hutang yang tinggi, ditambah dengan peningkatan kadar dasar semalaman (OPR) oleh Bank Negara.

"Para pengusaha PMKS akan menanggung beban hutang yang lebih tinggi dan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih.

"Sepertimana pelaksanaan moratorium sebelum ini, bank-bank di negara kita tidak mengalami kerugian pun. Jadi apalah salahnya kerajaan sekali lagi berbincang dengan institusi-institusi kewangan supaya memperkenalkan moratorium khas untuk PMKS.


"Saya harap cadangan ini diberikan perhatian serius oleh kerajaan," katanya yang juga anggota parlimen Pagoh.


Semalam, Muhyiddin menyarankan agar institusi perbankan mempertimbangkan cadangan tersebut.


Katanya, sudah tiga kali mesyuarat MPN membincangkan perkara itu, yang mana antara lainnya memohon bantuan dari segi kewangan kepada pengusaha PKMS.

Sebagai rekod kerajaan sebelum ini memperkenalkan moratorium kepada pelbagai lapisan rakyat susulan pandemik Covid-19 yang melanda negara.


Langkah itu sekali gus membolehkan orang ramai menangguhkan pembayaran pinjaman bank seperti pinjaman perumahan dan kenderaan bagi meringankan beban semasa mereka.


Sementara itu, Muhyiddin yang juga bekas perdana menteri berkata, sektor PMKS penting kerana ia mewakili hampir 96 peratus kegiatan ekonomi negara.

"Hampir 50 peratus tenaga kerja di Malaysia bekerja dalam sektor PMKS," katanya.

bottom of page