Mourinho dilayang kad merah
27 Oktober-ROM
Ketua jurulatih AS Roma, Jose Mourinho terus ‘buat hal’ selepas dilayangkan kad merah ketika menyaksikan pasukannya mengikat Napoli dengan keputusan seri 0-0 pada aksi Serie A di Stadium Olimpik, Rom awal pagi semalam.
Mourinho sebelum itu,dimalukan selepas kelab Giallorossi itu tewas 1-6 pada kelab kurang ternama dari Norway, Bodo/Glimt pada aksi Liga Konferensi Eropah, awal pagi Jumaat lepas.
Pada aksi semalam, Mourinho telah diarahkan keluar padang pada minit ke-80 selepas memprotes keputusan pengadil perlawanan secara keterlaluan. Kata Mourinho, apa yang dipamerkan oleh pasukannya cukup positif kerana menjadi pasukan pertama menyekat Napoli meraih tiga mata selepas merekodkan mereka meraih kemenangan bersih pada lapan perlawanan sebelum ini. “Ini adalah perlawanan yang cukup sengit buat kedua-dua pasukan yang memiliki banyak peluang untuk menjaringkan gol tetapi tidak berjaya dan saya anggap seri adalah keputusan yang adil buat kami.
“Mengenai kad merah, persoalan itu boleh diutarakan kepada pengadil kerana bukan saya seorang yang kena, malah jurulatih Napoli (Luciano Spalletti) turut dilayangkan kad merah dan mungkin pengadil yang mempunyai masalah.-AGENSI
Comments