- admin
MP kerajaan(DAP) membuat sangkaan jahat

KUALA LUMPUR 28 Feb:Ahli Parlimen (MP) Perikatan Nasional (PN) Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar MP pembangkang yang mengatakan menantu beliau menerima kontrak sistem imigresen, supaya membuat tuduhan itu di luar dewan Parlimen.
“Saya duduk bersabar mendengar tuduhan yang telah pun dibuat oleh Yang Berhormat Kota Melaka (Khoo Poay Tiong -PH/DAP).
“Saya dah jelaskan Tuan Yang Dipertua pada hari waktu saya berucap. YB Jelutong bangkit dan berapa lagi YB… Ipoh Timur kalau tak silap saya bangkit soal itu yang mengatakan bahawa menantu saya nama dia Muhammad Adnan Borhan telah dapat kontrak sistem imigresen yang disatukan di waktu mana YB Larut (Datuk Seri Hamzah Zainudin) adalah Menteri Dalam Negeri.
“Tetapi tuduhan itu adalah fitnah. Saya dah sebut hari itu… itu pembohongan fitnah… tidak betul. Satu pertuduhan yang berat… nak menjatuhkan maruah saya dan juga maruah keluarga saya.
“Ini satu perkara yang berat. Hanya kerana Yang Berhormat baca surat khabar. Surat khabar pula sekarang ni pun macam-macam cara. Yang dipertua tahu sangkaan buruk, fake news.
“Tapi kalau nak tanya saya, saya nak bagi tahu di sini dengan jelas bahawa itu tidak benar. Bahawa keputusan yang telah pun dibuat oleh pihak jawatankuasa pemilihan untuk memilih penender secara tender terbuka bukan menantu saya (tetapi) syarikat daripada Idris Coorporation Berhad.
“Saya nak nyatakan dengan jelas di sini kalau Yang Berhormat membangkitkan perkara itu di luar (Dewan Rakyat) saya akan ambil tindakan undang-undang… kalau berani sebut di luar,” katanya di Dewan Rakyat hari ini (28 Februari 2023).
Penjelasan Muhyiddin dibuat ketika mencelah perbahasan Bajet 2023 oleh Khoo yang mengeluarkan sangkaan jahat mendakwa projek bernilai berbilion ringgit diberikan kepada ahli keluarga.
Beberapa MP PN kemudian bangun mendakwa kenyataan itu seperti sudah menjatuhkan ‘kesalahan’ kepada menantu Muhyiddin yang didakwa terbabit dengan projek NIIse.
Dakwaan berkenaan sudah dijawab Pengerusi PN merangkap Presiden Bersatu itu pada 9 Februari lalu, menafikan sekeras-kerasnya beliau terbabit dalam pemberian kontrak NIISe kepada IRIS Corporation Berhad yang dikaitkan dengan menantunya.
Timbalan Speaker, Alice Lau Kiong yang mengendalikan sesi kemudian mengarahkan Khoo menarik balik kenyataan yang dibuat.