• newsatmy

MR DIY promosi 'Raya Kami Termurah'

30 April 2021

KUALA LUMPUR: Peruncit barangan rumah, MR DIY Group (M) Bhd (MR DIY) memperkenalkan promosi istimewa 'Raya Kami Termurah' sempena kedatangan Aidilfitri.

Naib Presiden Pemasaran Kumpulan MR DIY, Andy Chin, berkata pelbagai juadah istimewa hari raya, diskaun, promosi dan jualan murah disediakan tanpa perlu khuatir berbelanja secara berlebihan.

Beliau berkata, antara tumpuan utama MR DIY adalah kuih-muih dan juadah raya kegemaran setiap kali kedatangan perayaan seperti badam coklat, kacang gajus, cip coklat badam, badam cair, tart nenas dan coklat swiss.

"Ramadan adalah bulan memupuk semangat kekitaan dan harmoni walaupun banyak keluarga yang terpisah secara fizikal. "Semangat kekitaan ini tersemat dalam hati ketika menyambut musim perayaan. Oleh itu, kami berbesar hati memperkenalkan pelbagai jenis kuih raya, yang boleh didapati di lebih 280 cawangan di seluruh negara." katanya dalam satu kenyataan.

Chin menambah, MR DIY turut melancarkan promosi istimewa lebih 150 barangan penting pada musim perayaan dengan diskaun sehingga 30 peratus termasuk pilihan barangan dekorasi seperti alas meja, pasu kayu dan kaca, lampu pelita, sejadah dan pelbagai barangan eksklusif.

Beliau berkata, terdapat juga 20 peratus diskaun untuk produk dari jenama terkemuka seperti Ambi Pur, Mr Muscle, Energizer dan Pantene.

"Inilah masanya untuk meraikan warisan, tradisi, keluarga dan komuniti kita. Kami adalah syarikat tempatan yang sangat terhutang budi dengan kejayaan di Malaysia.

"Dengan memperkenalkan promosi Hari Raya ini di kedai dan secara dalam talian, kami gembira rakyat Malaysia dapat menikmati musim perayaan, sama ada di rumah bersama keluarga atau melalui pembelian hadiah yang dihantar ke keluarga dan sahabat handai tidak kira jauh atau dekat.

"Diharap agar sambutan perayaan tahun ini dapat dinikmati oleh semua," katanya.

Pelanggan akan turut menerima satu paket sampul raya percuma dengan pembelian minimum RM30, sementara stok masih ada.

Pelanggan yang membuat pembayaran menggunakan ShopeePay dari sekarang hingga 31 Mei, akan turut menerima duit raya berjumlah RM4, dengan pembelian minimum RM30 di MR DIY atau MR.DOLLAR dan RM40 di MR.TOY.


-Berita Harian