top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Muhyiddin dilantik Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri

4 September 2021

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf menteri.


Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki berkata, keputusan itu dibuat Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 1 September lalu.


“Pelantikan ini telah disembah maklum kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.


“Pelantikan ini juga dibuat atas dasar keyakinan Kerajaan terhadap kemampuan Muhyiddin untuk menerajui strategi pemulihan negara, demi mencapai impak ekonomi terbaik dan memulihkan semula kehidupan rakyat yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.


“Pihak Kerajaan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Muhyiddin di atas pelantikan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

bottom of page