top of page
  • Writer's pictureMatha Ahmad

Muhyiddin luah rasa kecewa kepada Ismail Sabri berkaitan PMKS


KUALA LUMPUR,27 Sept:Tan Seri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) menzahirkan kekecewannya, apabila perakuan penting MPN kepada Kabinet untuk membantu menangani masalah aliran tunai dan pembiayaan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhanan (PMKS) yang menyumbang 37% kepada KDNK negara tidak mendapat perhatian segera Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan menteri yang berkaitan.


Pada sidang akhbar pagi tadi, Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kelewatan bertindak dalam hal tersebut adalah sesuatu yang tidak dapat diterima.


Sebelum ini, MPN telah mengemukakan dua perakuan utama kepada kerajaan untuk mengatasi masalah yang dihadapi PMKS itu.antaranya ialah penubuhan Jawatankuasa Tindakan Khas Berkenaan Isu Kekangan Aliran Tunai dan Pembiayaan Dalam PMKS yang diterajui oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.


Dua cadangan beliau telahpun diputuskan dalam mesyuarat MPN pada 2 Disember 2021.


Selain itu ,beberapa cadangan yang lebih spesifik untuk membantu industri PMKS, iaitu supaya Bank Negara Malaysia (BNM) memberikan kebenaran kepada pihak bank meneruskan program penjadualan atau penstrukturan semula pembiayaan (moratorium) dan tidak mengklasifikasikan pembiayaan yang diberikan penjadualan atau penstrukturan semula sebagai “Tahap 3” bagi pelanggan yang memilih opsyen ini yang telah diputuskan dalam mesyuarat MPN pada 14 April 2022 dan dikemukakan untuk kelulusan Kabinet menerusi Memorandum Jemaah Menteri (MJM) pada 18 Mei 2022,


Beliau juga telah membangkitkan perkara tersebut pada 12 September lalu dan Perdana Menteri memberi maklum balas akan berbincang terlebih dahulu dengan kementerian-kementerian yang berkaitan sebelum membuat keputusan.


Namun kenyataan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi kepada media pada minggu lepas sekadar memberitahu bahawa kementeriannya akan menimbangkan cadangan ini.


Jestru itu Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri menganggap ia sesuatu yang sangat mengecewakan dan bimbang kerana sebarang kelewatan di pihak kerajaan dalam memacu pemulihan negara akan memberi kesan buruk kepada rakyat.


Dijangkakan ekonomi tempatan dan antarabangsa akan mengalami kemelesetan ekonomi yang kritikal pada tahun 2023


Mahyuddin berkata,sekiranya negara kita tidak berada pada landasan pemulihan yang kukuh pada tahun ini, cabaran yang akan dihadapi oleh rakyat dan negara pada tahun hadapan adalah lebih meruncing,


Berikutan itu, kata beliau, MPN menggesa kerajaan supaya memberi keutamaan kepada peningkatan kadar kemiskinian bandar dan luar serta bantuan segera kepada PMKS terutama moratorium untuk memulih aliran wang PMKS yang terkesan.

bottom of page