top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Muhyiddin mungkin kembali sebagai PM

17 Ogos 2021

Di bawah Perlembagaan Persekutuan, seseorang Perdana Menteri mempunyai mesti mempunyai sokongan majoriti dari keseluruhan ahli parlimen.


Seseorang ahli parlimen boleh meraih sokongan tertinggi, namun pada masa sama tidak mempunyai majoriti.


Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, kini terpulang kepada Yang Dipertuan Agong untuk mencari pemimpin yang mempunyai majoriti mengikut prosedur perlembagaan.


Beliau berkata walaupun telah meletak jawatan sebagai Perdana mMenteri, Muhyiddin Yassin masih jauh dari merancang persaraan politiknya dan Ahli Parlimen Pagoh itu juga tidak sepenuhnya pasrah dengan nasibnya, malah tidak menolak kemungkinan dia akan kembali sebagai perdana menteri.


Muhyiddin ketika ditanya mengenai kemungkinan dilantik semula sebagai perdana menteri, dia menjawab "Well, let's see. Sepatutnya tidak berlaku macam ini kan".


"Saya percaya, sebelum saya berhenti ini, saya lah perdana menteri waktu itu yang mempunyai 'majoriti' (sokongan undi yang terbesar, meski tidak meraih majoriti),


"Ahli Parlimen lain juga mendakwa mereka memperoleh majoriti tetapi tidak pernah dapat membuktikannya," katanya.


Dia merujuk kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim tanpa menamakannya.


"Pernah juga ada satu ahli parlimen satu ketika itu dia pergi kata dia ada convincing and formidable (majoriti yang kukuh dan meyakinkan), tapi kebelakangan ini tidak dengarlah,


"Kami ahli politik, ada maklumat sendiri. Tak ada sesiapa yang mempunyai sokongan tertinggi berbanding saya," tambahnya.


"Ramai rakyat Malaysia meminta 'Abah, tolong terus dan jangan berhenti, kami mencintaimu'. Ini sangat menyentuh. Saya harap saya dapat melakukannya tetapi di bawah demokrasi berparlimen, kedudukan perdana menteri adalah berdasarkan ketentuan Perlembagaan Persekutuan, "katanya.


"Bagaimana (seperti) saya telah sebutkan dalam ucapan saya kepada seluruh rakyat Malaysia, kalau ikut perasaaan saya, macam mana yang dihasratkan oleh ramai rakyat Malaysia minta supaya terus kekal. 'abah jangan berhenti, kami sayang'. Sangat menyentuh hati.


"Saya harap saya dapat kekal, tapi di bawah sistem demokrasi berparlimen, lantikan seperti jawatan perdana menteri ini bersandarkan peruntukan dalam perlembagaan," katanya.



--PN Online

bottom of page