top of page
  • newsatmy

“Mungkin gurauan rakan sedarjah” – Kenyataan Timbalan IGP Isu Ugutan Rogol Pelajar Dikecam Netizen

28 April 2021

Beberapa hari ini, viral di media sosial isu seorang pelajar perempuan Tingkatan 5 yang mendakwa guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) telah membuat lawak rogol di dalam kelas hingga mencetuskan kemarahan netizen.


Susulan isu tersebut, remaja perempuan berkenaan, Ain Husniza Saiful Nizam telah membuat laporan polis berkaitan isu berkenaan. Dia juga katanya telah menerima ugutan rogol dari pelajar lelaki di sekolah dan telah membuat laporan polis berkenaan isu itu juga.


Berikutan kes terbabit, Timbalan Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani telah membuat sidang media berkaitan isu tersebut di Ibu Pejabat Kontinjen Selangor di Shah Alam, semalam.


Walau bagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkan Timbalan KPN ini telah menerima kecaman netizen selepas didakwa beliau menyifatkan ugutan rogol terhadap pelajar tersebut sebagai “mungkin gurauan oleh rakan sedarjahnya”, lapor Malaysiakini.


Pelajar berkenaan (Ain) telah membuat dua laporan polis, pertama beliau membuat berkaitan dengan apa yang beliau rasakan pendekatan guru tersebut tidak begitu proper (wajar).


“Semalam beliau membuat laporan tambahan berkaitan dengan mungkin gurauan daripada rakan sedarjahnya yang beliau mungkin tidak dapat terima,” katanya.


Kenyataan yang dikeluarkan Acryl Sani tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-rata berpendapat isu rogol tidak boleh dianggap sebagai suatu gurauan.


Malah lebih mengejutkan warga Twitter kini sedang tular tanda pagar #CancelTimbalanIGP sebagai tanda protes akan kenytaan tersebut. Hashtag tersebut kini telah sudah mencapai lebih 10,000 tweet.


bottom of page