top of page
  • newsatmy

“Mustahil berpantang penuh zaman ni, Mat Saleh mana ada pantang-pantang” – Vivy Yusof

18 Januari 2022

Berpantang selepas melahirkan anak merupakan satu proses yang sering dilalui oleh kebanyakkan ibu, terutamanya untuk para ibu yang berbangsa Melayu.


Ketika menjalani proses ini, segala pergerakan dan pemakanan yang diambil akan terbatas sehinggalah tempoh berpantang untuk seseorang ibu berakhir.


Bagaimanapun, tak semua ibu ‘rela’ untuk menjalani proses berpantang untuk jangka masa yang agak lama dan hal ini turut dirasai oleh usahawan terkenal iaitu Vivy Yusof.


"Berpantang secara penuh nampaknya mustahil pada zaman ini. Bagaimana kamu hanya berehat dan duduk tanpa rasa bersalah?"


Menerusi perkongsian beliau di Instagram baru-baru ini, Vivy bercerita kembali momen-momen dirinya melalui proses berpantang untuk keempat-empat cahaya matanya iaitu Daniel Azim Shah, Marian Iman Shah, Sarah Ilham Shah dan Idris Ali Shah yang baru saja dilahirkan bulan November tahun lalu.


Dalam pada itu, dia turut menceritakan ketika dia mendapat syarahan dari ibu dan ibu mertuanya mengenai tidak berpantang dengan betul, Vivy akan berdebat dengan mereka dengan mengatakan Mat Saleh tidak ada berpantang tapi masih baik-baik saja.


Tambahan lagi, kerana sering mendengar suaminya bermesyuarat dalam talian, ia membuatkan dirinya tidak mahu ketinggalan dan segera ingin menyelesaikan setiap permasalahan yang timbul.

bottom of page