top of page
newsatmy

MyDIGITAL Buka Lebih Banyak Peluang Pekerjaan

23 Mei 2021

Kerajaan prihatin dengan cabaran yang rakyat alami akibat pandemik COVID-19. Oleh itu, dalam menyeimbangkan kesihatan dan kestabilan ekonomi, inisiatif MyDIGITAL telah diperkenalkan.


Melalui inisiatif tersebut, ekonomi digital dijangka akan menyumbang 22.6% kepada KDNK negara dan disasarkan mampu membuka 500,000 peluang pekerjaan dalam ekonomi digital.


Selain itu, MyDIGITAL menggalakkan 875,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana untuk menerima guna e-dagang. Inisiatif ini juga dapat memangkinkan 5,000 syarikat peringkat permulaan atau “startups” dalam masa 5 tahun.


Sebanyak RM70 bilion pelaburan baru dalam sektor digital akan dapat ditarik dari dalam dan luar negeri. Justeru, kerajaan menyasarkan produktiviti sektor ekonomi meningkat 30% lebih tinggi menjelang 2030.


Sektor awam juga tidak terkecuali dalam inisiatif ini kerana semua agensi akan menyediakan kemudahan transaksi tanpa tunai sebagai pilihan utama menjelang tahun 2022.


Azmin Ali berkata, beliau berharap inisiatif ini mendapat sokongan penuh daripada pelbagai lapisan masyarakat selain bersedia menuju peralihan ke ekonomi digital.



Comments


bottom of page