• Arissa Azman

MyDigital perluas peluang pekerjaan

24 Jun 2021

Inisiatif MyDigital telah pun dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 19 Februari yang lalu.


Antara tujuannya adalah untuk mengajak lebih ramai peniaga mikro serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) agar menyesuaikan perniagaan mereka dengan platform e-dagang.


Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Dato' Seri Mohamed Azmin Ali berkata, penglibatan sebanyak 875,000 peniaga mikro dan PKS yang menggunakan e-dagang akan memudahkan urusan perniagaan harian mereka dalam menghadapi cabaran pandemik COVID-19.


Selain itu, Inisitatif MyDigital juga akan dapat melahirkan 5,000 syarikat peringkat permulaan atau 'startups' dalam tempoh lima tahun akan datang. Ia akan menjadi titik tolak kepada pelaburan baharu dalam sektor digital dengan nilai sebanyak RM70 bilion dari dalam dan luar negara.


Sebanyak 500,000 peluang pekerjaan dalam ekonomi digital akan turut dibuka menerusi gabungan inisiatif, sekali gus meletakkan sasaran merentasi tiga fasa pelaksanaan hingga 2030.



--PN Online