• newsatmy

Nadia Brian sah bercerai talak satu

9 April 2021

KUALA LUMPUR: Pelakon Nadia Brian, 31, mengesahkan dia dan suami Muizz Nasruddin sudah bercerai talak satu.


Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi ketika dihubungi media berkata dia berada dalam keadaan yang baik.


Menurut laporan, lafaz cerai dilakukan di luar mahkamah seperti yang diminta oleh Muizz sendiri.


"Penceraian kami dilafazkan di luar mahkamah seperti yang diminta bekas suami.


"Dah selesai semuanya. Alhamdulillah saya okey," katanya kepada Astro Gempak.


Pelakon filem Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda itu menyatakan fokusnya selepas ini adalah pada kerjaya seni dan mahu mencurahkan bakti kepada ibu dan neneknya.


Sebelum ini, menerusi sebuah laporan media, Nadia mengesahkan suaminya, Muizz sudah memfailkan perceraian di mahkamah.


Isu pergolakan rumah tangga pasangan terbabit hangat diperkatakan sejak Oktober lalu.

Lebih mencetuskan tanda tanya, Muizz turut mendedahkan Nadia didakwa berlaku curang terhadapnya.


Nadia dan Muizz diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 9 November 2019.


- Astro Gempak