• newsatmy

Nafi cari publisiti murahan, Syura Badron tak cemburu kejayaan Siti Nordiana

14 Januari 2022

Belum kunjung selesai, kontroversi membabitkan kes saman fitnah Siti Nordiana terhadap lima sekawan termasuklah Syura Badron wajar dianggap sebagai bukan tempat yang sesuai untuk mencari publisiti.


Syura yang ditemui sebuah media menganggap apa yang terjadi mempunyai hikmah yang tersendiri dan menafikan bahawa dia menyimpan perasaan cemburu terhadap penyanyi itu.


Jelas Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron, ada yang menganggap dia iri hati dengan Siti Nordiana dan menggunakan kes tersebut untuk menaikkan nama sendiri dalam industri seni.


"Saya tak pernah terfikir pun untuk naikkan nama. Apatah lagi dengan kontroversi yang tak baik. Bagi saya, apa yang berlaku ada sebab,


"Kita pun tak boleh nak cakap lebih sebab benda dah jadi. Ramai kata, saya cemburu dengan kejayaan Nana. Tapi tidak sekali-kali ada perasaan cemburu,"


Syura dalam pada itu berkata bahawa dia bersiap sedia dengan apa yang bakal terjadi dan menerimanya dengan hati yang terbuka.


Jelasnya lagi, Syura mengakui dia menerima banyak kecaman di ruangan komen dan mesej di Instagram sepanjang tempoh enam bulan isu tersebut berlaku.


Akuinya, dia tetap berasa tertekan menerima mesej-mesej kecaman sedemikian rupa meskipun sudah lama berkecimpung dalam dunia hiburan.


“Komen-komen negatif dan melampau sehingga melibatkan maruah. Walaupun saya dah jadi artis hampir 20 tahun, tapi emosi tetap terganggu dengan komen melampau. Bersyukur ada kawan-kawan yang banyak bantu dan tanya khabar.” ujar Syura.