top of page
  • newsatmy

Nak cabar ke Mahkamah atau nak tanding?-Sulaiman

23 Oktober- MELAKA

“Kalau kata nak cabar (di mahkamah) itu hak dia (Adly Zahari). Tapi kalau betul nak cabar ke mahkamah, masa Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti bertanding ke tak?”

Itu jawapan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berhubung isu saman yang difailkan Pakatan Harapan (PH) Melaka terhadap keabsahan pembubaran Dewan Undangan (DUN) Melaka, 4 Oktober lalu.

Katanya, sesiapa sahaja mempunyai hak untuk membawa sesuatu perkara ke mahkamah.

Justeru, katanya, biarlah undang-undang menentukan pihak yang benar atau salah.

“Ia (saman) sudah difailkan, teruskanlah. Kita tunggu mahkamah dan saya serah kepada perundangan.

“Saya tidak boleh kata apa-apa, Terpulang kepada mereka,” katanya yang ditemui selepas menyampaikan sumbangan sempena Sambutan Deepavali anjuran Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Melaka (BISTARI) Negeri Melaka, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, ditanya sama ada akan terus mempertahankan kerusi DUN Lendu pada PRN nanti, Sulaiman menyerahkan semuanya kepada pucuk pimpinan parti.

“Saya pun tak tahu. Kalau ada, saya terima. Kalau tidak ada, tak apa.

“Saya tahu banyak muka-muka baharu yang ada, jadi, saya serah kepada Presiden (UMNO) kerana semua calon-calon yang bertanding hanya diputuskan pucuk pimpinan tertinggi,” katanya lagi.

bottom of page