- newsatmy
Nama belum ada, sebarang cadangan? – Wawa Zainal
1 Disember 2021

PETALING JAYA: Pelakon, Wawa Zainal berkongsi momen kelahiran cahaya mata keempat lebih mencabar berbanding kelahiran beberapa anaknya sebelum ini.
Mengalami kontraksi untuk bersalin sejak awal pagi, Wawa akhirnya selamat melahirkan anak keempat. Malah, dia turut meminta cadangan untuk menamakan anak keempatnya itu.
“Sekitar pukul 2 pagi tadi saya menahan sakit kerana tidak sampai hati mengejutkan Aeril bangun. Tunggu punya tunggu rupanya apabila sampai hospital bukaan sudah mencapai sembilan sentimeter.
“Alhamdulillah… selamat melahirkan pagi tadi…Lain macam sakit dia walaupun anak keempat dah. Belum ada nama, ada cadangan ke?,” katanya menerusi laman Instagram.
Menerusi perkongsian yang sama, Wawa tidak memaklumkan jantina cahaya mata keempatnya itu.
Untuk rekod, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2013.
Hasil perkahwinan, Wawa dan Aeril dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7 Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5, dan Ayya Soffya yang kini berusia setahun.