top of page
  • admin

Nama Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia disalah guna di Facebook


KUALA LUMPUR 19 Mac: Bursa Malaysia Bhd mengenal pasti beberapa laman Facebook yang telah menyalah guna nama ketua pegawai eksekutifnya Datuk Muhamad Umar Swift.

"Bursa ingin menegaskan bahawa laman Facebook ini tidak mempunyai kaitan dengan Muhamad Umar mahupun Bursa dan langkah-langkah telah diambil untuk memadamkannya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Justeru, Bursa Malaysia menggesa orang ramai agar berhati-hati dan berwaspada dengan penipuan pelaburan dan pancingan data (scam), dan perlu membuat pengesahan terlebih dahulu mana-mana pautan laman web ataupun tawaran untuk menyertai mana-mana skim.

Penipuan terkini yang telah dikenal pasti disenaraikan di https://bursaacademy.bursamarketplace.com/en/investor-alert

-- BERNAMA

bottom of page